Banyak yang telah terjadi. Tetapi aku tiada masa untuk menceritakan semuanya seperti dahulu. Sejak masuk kolej. Semuanya menjadi busy. Memang tiada masa untuk mencoretkan suka duka dalam blog yang terbengkalai ini.
Sungguh seperti kebudak-budakan bog ini. Aku mahu renovate semula. Tapi apakan daya... aku sudah lupa akan skill-skillnya.
Sudah aku deletekan semua post-post yang sebelum ini. Kerana aku tidak suka akan kisah silam. Aku tidak suka mengimbau kembali kisah-kisah lama. Hidupku penuh dengan onak yang berduri. Aku tidak mempunyai sahabat dunia akhirat. Aku tidak mempunyai "BestFriendForever". Aku tidak mempunyai kawan sehidup semati. Yang aku punya hanyalah kawan semata-mata kawan. Kawan dimasa aku senang, kawan semasa aku senang, ini banyak. Akan tetapi kawan semasa aku susah, dimasa aku susah, 0 (kosong). Segala masalahku endah tidak endah sahaja bagi mereka. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Aku tidak mempunyai follower yang ramai dimana-mana laman sosial aku. Aku tidak kisah akan itu. Sebab aku tahu siapa aku.
Zaman sekarang saling membashkan diri antara satu sama lain. Kaum adam bash kaum hawa. Kaum hawa bash kaum adam. Iya lah dalam dunia ni terdapat dua sahaja. Bash sesama kaum pun ada. Setiap manusia berlainan. Terserah.
Hanya coretan setelah sekian lama...